Followers

Saturday 4 August 2012

Pengakhiran Bagi Sebuah Perjuangan

Keinginan untuk mencapai kemerdekaan
Tidak berlaku dalam semalaman
Harus berselang dengan pengorbanan
Tidak terjangkau dek akal fikiran
Atas nama pembaharuan masa depan
Pendirian di perjuangkan secara bermati-matian
Tanpa ada rasa sesalan
Atau sebarang bentuk kekecewaan
Hanya kerana bertindak sendirian...

Pengakhiran bagi sebuah perjuangan
Cuma legasi yang di tinggalkan
Menjadi bualan penduduk tempatan
Di jadikan kenangan dan juga rujukan
Supaya kesilapan lalu tidak di ulangkan
Baik secara sembunyi mahupun terangan...

Harus di ambil nilai pengajaran
Untuk memperbaiki lagi kehidupan
Demi kebaikan negara, keseluruhan...

Thursday 26 July 2012

Kalian Yang Kami Nanti

Kalian yang kami nanti
Penyelamat ummat yang sejati
Nabi Isa dan Imam Mahadi
Seperti yang di janjikan Ilahi
Mengembalikan kegemilangan agama suci
Menentang Yahudi dan Nasrani
Tanpa rasa curiga di hati...

Akhirnya jua akan terbukti
Kemenangan bakal kita miliki
Kenapa pula harus meragui
Ini bukan cereka fantasi
Di reka hanya menggunakan imaginasi
Di noda dengan tinta ilusinasi...

Berjuang sehingga sampai ke mati
Melangkah dengan penuh berani
Dengan nawaitu yang murni
Tidak sedikit pun sangsi
Usah kalian memperkatakan lagi...


Tuesday 17 July 2012

Bukan Ini Yang Aku Pinta 2

Bukan ini yang aku pinta,
Bukan ini yang aku pinta!!!
Negara tercinta di jajah semula
Oleh penjajah yang berbeza
Rupa, bahasa dan budaya
Menuduh kami pengganas agama
Merampas Tanah Janjian mereka
Padahal yang terjadi, sebaliknya...

Bukan ini yang aku pinta,
Bukan ini yang aku pinta!!!
Hilangnya nyawa seorang syuhada
Di bunuh kejam oleh raksasa
Berperisaikan baju pelindung anggota
Dan bersenjatakan sub-mesingan tentera
Tanpa sebarang ihsan di jiwa
Ibarat Syaitan bertopengkan manusia...

Bukan ini yang aku pinta,
Bukan ini yang aku pinta!!!
Masyarakat antarabangsa di butakan mata
Di pekakkan telinga konon-kononya
Kami perlu di hapuskan segera
Di lobi dengan fitnah dusta
Kepada Tuhan Yang Maha Kuasa
Kupanjatkan doa pada saudara...

Muhammad Al-Mustofa

Kehadiranmu ibarat cahaya
Menerangi seluruh alam semesta
Dengan keperibadianmu yang mulia
Di hiasi idah nur di wajahnya
Bagaikan bulan purnama
Menyinari malam yang gelap-gelita
Tidak tergambar dengan kata-kata
Berjuang ikhlas demi agama tercinta
Atas hendak Allah Azzawajalla...

Muhammad Al-Mustofa
Saidina Ya Maulana
Habibi Khatimul Anbiya
Solawatullah Alaika..

Kehilanganmu jelas terasa
Walaupun kita tidak pernah bersua
Mahu sekali aku berjumpa
Biarpun di takdirkan di akhirat sana
Semoga ianya menjadi nyata
Dengan izin Yang Maha Kuasa...

Muhammad Al-Mustofa
Saidina Ya Maulana
Habibi Khatimul Anbiya
Solawatullah Alaika..



Friday 13 July 2012

Aku Bukan Anjing Kerajaan!!!

Aku bukan anjing kerajaan!!!
Walaupun bukan berhaluan kanan
Berjuang atas nama keadilan
Dalam zaman penuh ancaman
Tetap teguh pada pendirian
Kebebasan bersuara akan di perjuangkan
Sekadar untuk menyatakan kekesalan
Tidak mampu aku tahan...

Kenapa perlu merasa hairan
Benarkah apa yang di perkatakan?

Aku bukan anjing kerajaan!!!
Hanya menjadi orang suruhan
Di kekang bagaikan seorang banduan
Di kurung dan di kenakan hukuman
Tanpa sebarang bentuk pembelaan
Fahaman anutan aku amalkan
Jangan kalian pula mempersoalkan
Sudah di takdirkan oleh Tuhan...

Cuma pengertian aku inginkan
Tolong beri satu kesempatan!

Kenapa Sekarang Di mansuhkan Akta Hasutan?!

Kenapa sekarang di mansuhkan Akta Hasutan?!
Adakah ingin mengembalikan semula kepercayaan
Atau sekadar retorik dalam keputusan?
Setelah perjuangan haluan kiri di hapuskan
Konon-kononnya cuba menganggu keamanan
Radikal tidak semestinya pada perbuatan
Kami berjuang menggunakan akal fikiran
Bukan secara kekerasan atau keganasan!!!

Kenapa sekarang di mansuhkan Akta Hasutan?!
Aku di lahirkan berjiwa seorang pahlawan
Bersuara untuk menyatakan tidak kepuashatian
Terhadap kerajaan yang penuh dengan
Ketidakadilan yang tidak dapat di pertikaikan
Di buktikan dalam media massa tempatan...

Karenah Dalam Pemberian Bantuan

Aku menyuarakan rasa terkilan
Harapan tidak menjadi kenyataan
Di sisihkan hanya kerana berkemampuan
Itu cuma satu alasan...

Pengagihan bukan berlandaskan ihsan
Pemohonan bersertakan seribu penipuan
Yang benar susah di ketepikan
Kelayakan sering kali di pertikaikan...

Pelbagai persoalan bermain di fikiran
Adakah mereka punya perasaan?
Terhadap aku, seorang insan
Terpaksa merayu agar di kasihankan...

Karenah dalam pemberian bantuan
Tidak perlu merasa hairan
Berselang selikan dengan pembohongan
Dasar manusia pembelit handalan...