Followers

Thursday 26 July 2012

Kalian Yang Kami Nanti

Kalian yang kami nanti
Penyelamat ummat yang sejati
Nabi Isa dan Imam Mahadi
Seperti yang di janjikan Ilahi
Mengembalikan kegemilangan agama suci
Menentang Yahudi dan Nasrani
Tanpa rasa curiga di hati...

Akhirnya jua akan terbukti
Kemenangan bakal kita miliki
Kenapa pula harus meragui
Ini bukan cereka fantasi
Di reka hanya menggunakan imaginasi
Di noda dengan tinta ilusinasi...

Berjuang sehingga sampai ke mati
Melangkah dengan penuh berani
Dengan nawaitu yang murni
Tidak sedikit pun sangsi
Usah kalian memperkatakan lagi...


Tuesday 17 July 2012

Bukan Ini Yang Aku Pinta 2

Bukan ini yang aku pinta,
Bukan ini yang aku pinta!!!
Negara tercinta di jajah semula
Oleh penjajah yang berbeza
Rupa, bahasa dan budaya
Menuduh kami pengganas agama
Merampas Tanah Janjian mereka
Padahal yang terjadi, sebaliknya...

Bukan ini yang aku pinta,
Bukan ini yang aku pinta!!!
Hilangnya nyawa seorang syuhada
Di bunuh kejam oleh raksasa
Berperisaikan baju pelindung anggota
Dan bersenjatakan sub-mesingan tentera
Tanpa sebarang ihsan di jiwa
Ibarat Syaitan bertopengkan manusia...

Bukan ini yang aku pinta,
Bukan ini yang aku pinta!!!
Masyarakat antarabangsa di butakan mata
Di pekakkan telinga konon-kononya
Kami perlu di hapuskan segera
Di lobi dengan fitnah dusta
Kepada Tuhan Yang Maha Kuasa
Kupanjatkan doa pada saudara...

Muhammad Al-Mustofa

Kehadiranmu ibarat cahaya
Menerangi seluruh alam semesta
Dengan keperibadianmu yang mulia
Di hiasi idah nur di wajahnya
Bagaikan bulan purnama
Menyinari malam yang gelap-gelita
Tidak tergambar dengan kata-kata
Berjuang ikhlas demi agama tercinta
Atas hendak Allah Azzawajalla...

Muhammad Al-Mustofa
Saidina Ya Maulana
Habibi Khatimul Anbiya
Solawatullah Alaika..

Kehilanganmu jelas terasa
Walaupun kita tidak pernah bersua
Mahu sekali aku berjumpa
Biarpun di takdirkan di akhirat sana
Semoga ianya menjadi nyata
Dengan izin Yang Maha Kuasa...

Muhammad Al-Mustofa
Saidina Ya Maulana
Habibi Khatimul Anbiya
Solawatullah Alaika..



Friday 13 July 2012

Aku Bukan Anjing Kerajaan!!!

Aku bukan anjing kerajaan!!!
Walaupun bukan berhaluan kanan
Berjuang atas nama keadilan
Dalam zaman penuh ancaman
Tetap teguh pada pendirian
Kebebasan bersuara akan di perjuangkan
Sekadar untuk menyatakan kekesalan
Tidak mampu aku tahan...

Kenapa perlu merasa hairan
Benarkah apa yang di perkatakan?

Aku bukan anjing kerajaan!!!
Hanya menjadi orang suruhan
Di kekang bagaikan seorang banduan
Di kurung dan di kenakan hukuman
Tanpa sebarang bentuk pembelaan
Fahaman anutan aku amalkan
Jangan kalian pula mempersoalkan
Sudah di takdirkan oleh Tuhan...

Cuma pengertian aku inginkan
Tolong beri satu kesempatan!

Kenapa Sekarang Di mansuhkan Akta Hasutan?!

Kenapa sekarang di mansuhkan Akta Hasutan?!
Adakah ingin mengembalikan semula kepercayaan
Atau sekadar retorik dalam keputusan?
Setelah perjuangan haluan kiri di hapuskan
Konon-kononnya cuba menganggu keamanan
Radikal tidak semestinya pada perbuatan
Kami berjuang menggunakan akal fikiran
Bukan secara kekerasan atau keganasan!!!

Kenapa sekarang di mansuhkan Akta Hasutan?!
Aku di lahirkan berjiwa seorang pahlawan
Bersuara untuk menyatakan tidak kepuashatian
Terhadap kerajaan yang penuh dengan
Ketidakadilan yang tidak dapat di pertikaikan
Di buktikan dalam media massa tempatan...

Karenah Dalam Pemberian Bantuan

Aku menyuarakan rasa terkilan
Harapan tidak menjadi kenyataan
Di sisihkan hanya kerana berkemampuan
Itu cuma satu alasan...

Pengagihan bukan berlandaskan ihsan
Pemohonan bersertakan seribu penipuan
Yang benar susah di ketepikan
Kelayakan sering kali di pertikaikan...

Pelbagai persoalan bermain di fikiran
Adakah mereka punya perasaan?
Terhadap aku, seorang insan
Terpaksa merayu agar di kasihankan...

Karenah dalam pemberian bantuan
Tidak perlu merasa hairan
Berselang selikan dengan pembohongan
Dasar manusia pembelit handalan...

Thursday 12 July 2012

Maju Jaya Bersama Malaysia Raya

Menggunakan ideologi sebagai senjata
Memenangi pilihan raya negara
Menawan Putrajaya dan seisinya
Setelah berdekad meneruskan usaha...

Rombakan pertama pemerintahan utama
Di pimpin cendiakawan agama terkemuka
Di sebalik Kabinet pentadbiran ternama
Dalam konsep fahaman sederhana...

Islam akan di martabatkan semula
Bangsa lain tidak di aniaya
Di berikan keadilan yang sama rata
Seiring dengan perkembangan semasa...

Semboyan sudah lama bergema
Berjuang atas nama tanah air tercinta
Baik lelaki atau wanita
Maju jaya bersama Malaysia Raya...

Haluan Kiri Atau Kanan?

Haluan kiri
Haluan yang pasti
Di penuhi dengan skepulasi tersendiri
Spekulasi membezakan realiti dan fantasi
Baik secara terang mahupun secara tersembunyi
Seribu satu langkah kaki ini
Bukan mengharapkan sebarng simpati
Berjuang untuk seni
Berbasa-basi...

Kutanya diri
Benarkah keputusanku ini?

Haluan kanan
Sering mendapat sambutan
Di segenap lapisan masyarakat tempatan
Berkerajaankan negeri dan berkerajaankan Persekutuan
Dengan berani memakai gelaran 'penyelamat keadaan'
Mereka punya harta dan kekayaan
Tentu tidak dapat di pertikaikan
Orang sepertiku di sisihkan
Aku kebuntuan...

Inikah kebenaran?
Tidak perlu di persoalkan

Bukan Ini Yang Aku Pinta

Bukan ini yang aku pinta
Melihat rakyat jelata menjadi mangsa
Oleh Syaitan bertopengkan manusia
Di sebalik perjuangan untuk agama
Kononnya mereka berhati mulia
Itu yang di katakan media massa
Baik tempatan mahupun antarabangsa
Semuanya itu dusta belaka!!!

Bukan ini yang aku pinta
Tatkala aku terpandang seorang remaja
Di acukan senjata berat tepat-tepat di kepala
Dia hanya mampu tersenyum ria
Dengan wajah bercahaya bagaikan bulan purnama
Bernadakan gembira, dia berkata
"Nantikan saya di sana, ayahanda dan bonda..."

Bukan ini yang aku pinta
Islam di anggap ekstremis merbahaya
Kepada dunia dan seisinya
Di caci dan di cerca dengan kata-kata nista
Tanpa ada rasa curiga
Kecewa tidak terucap kata
Namun apakah daya
Aku tidak mampu berbuat apa-apa...

Monday 9 July 2012

Irfanovik : Pakar Penasihat Politik

Autokrasi berparlimen apa maksudnya?
Apabila pembangkang hilang kuasa
Pemerintah di anggap pembela utama
Keutuhan sesebuah negara bangsa...

Bagaimana pula dengan tirani?
Di tadbir secara kuku besi
Tanpa sebarang rasa simpati
Hak rakyat tidak di peduli...

Fasis itu kepimpinan tentera
Ditaktor merupakan kepala utama
Keputusannya tidak boleh di tanya
Baik lelaki mahupun wanita...

Akhir sekali adalah demokrasi
Perlembagaan berkaitan menjadi saksi
Pemilihan pemimpin melalui undi
Di amalkan sejak dahulu lagi...

Wednesday 4 July 2012

Aku Masih Di sini 2

Aku masih di sini
Ya, aku masih di sini
Tatkala mereka menunding jari
Ke arah aku yang hina lagi dina ini
Kerana suka memanipulasi
Di antara realiti dan fantasi
Tanpa aku sedari
Walaupu hanya untuk sekali...

Aku masih di sini
Ya, aku masih di sini
Apabila aku memberanikan diri
Menafi dengan sepenuh hati
Kesalahan yang aku sendiri
Tidak ketahui
Jika kalian mengerti...

Aku masih di sini
Ya, aku masih di sini
Mengubah bait-bait puisi
Menjadi satu ekspretasi
Mengenang kembali
Cerita ilusi
Halusinasi
Dan juga delusi
Cinta tiga segi...

Aku masih di sini
Ya, aku masih di sini
Jangan engaku ragui
Lambat-laun kau sendiri akan memahami
Tidak perlu aku menjaja hati