Followers

Saturday 23 June 2012

Razifski : Simfoni Notasi Seerti

Dari Rusia datang ke mari
Bersama dengan okestra mini
Kerana begitu meminati seni
Tidak kuhirau tidak kupeduli
Bukan mahu menagih simpati
Sekadar untuk menghiburkan diri
Yang selalu di landa sepi
Tanpa teman istimewa di sisi
Semenjak dia telah pergi
Menghadap Tuhan Yang Hakiki...

Kugubah Simfoni Notasi Seerti
Agar kalian juga mengerti
Kehilangan yang aku rasai
Sehingga pada hari ini
Airmata berlinangan membasahi pipi
Tidak tergambar sedih di hati
Kukesat kasar tangan sendiri
Meratapi dan terus meratapi...

Tepukan gemuruh penonton beri
Adakah menyatakan rasa simpati
 Membuat aku berbelah bagi
Tanpa dapat aku sedari
Doa kupanjatkan kepada Ilahi
Semoga di pertemukan di sana nanti...

Kita Satu Arena Yang Sama

Berkarang dan berkarya
Atas nama sastera
Menyusun seribu kata
Mengubah sejuta rasa
Biarpun haluan berbeza
Itu tidak mengapa
Berpijak di bumi nyata
Penuh kebanggaan di dada...

Kita satu arena yang sama
Memberi ilmu kepada pembaca
Tidak kira usia dan jantina
Ianya bukan halangan utama...

Martabat semula bangsa
Mengikut perkembangan semasa
Jangan kita lupa
Walaupun hanya seketika...

Aku Masih Di sini

Aku masih di sini
Terus megah berdiri
Menghadapi ketentuan Ilahi
Yang aku sendiri
Tidak begitu pasti
Maksud tersirat di hati...

Aku masih di sini
Terus-menerus berkomposisi
Melalui frekuensi melodi
Tanpa aku sedari
Airmata membasahi pipi
Menitik jatuh ke bumi...

Aku masih di sini
Pada setiap hari
Cuba mengenang kembali
Kenaifan diri ini
Di tipu oleh duniawi...