Followers

Saturday 23 June 2012

Kita Satu Arena Yang Sama

Berkarang dan berkarya
Atas nama sastera
Menyusun seribu kata
Mengubah sejuta rasa
Biarpun haluan berbeza
Itu tidak mengapa
Berpijak di bumi nyata
Penuh kebanggaan di dada...

Kita satu arena yang sama
Memberi ilmu kepada pembaca
Tidak kira usia dan jantina
Ianya bukan halangan utama...

Martabat semula bangsa
Mengikut perkembangan semasa
Jangan kita lupa
Walaupun hanya seketika...

No comments:

Post a Comment